Dalam suatu kelas di sekolah.Berjalan suatu pelajaran.pada hari ini tentang tuhan(Allah S.W.A.T).
Guru mereka mengeluarkan sebatang pen lalu bertanya kepada murid-murid.adakah mereka nampak pen yang ditunjuknya itu.Merekapun mejawab ya!!!!.
kemudian disorokan pen tersebut.Guru mereka bertanya kepada murid-murid.Ada pen tak???....sambil menunjukkan tangan nya yang kosong.dengan pantas murid-murid menjawab tidak!!!!!
Guru mereka tanya soalan yang lain.Nampak tak Allah???murid-murid menjawab : tidak!!!!!!Guru mereka bertanya kembali:Allah ada tidak???murid-murid menjawab tidak dengan suara yang tidak yakin.
Pada malamnya itu salah seorang pelajar bertanya kepada ayahnya tentang yang dikatakan oleh guru mereka pada siang hari yang dipelajari mereka.lalu ayahnya terkejut.lalu menerangkan tentang Allah SWAT.kemudian ayahnya mengajar bagai mana nak berhujah dengan gurunya pada esok hari.
KEESOKAN HARINYA
SITUASI:guru telah masuk kedalam kelas.
murid itu pun berdiri lalu bertanya kepada murid murid:nampak cikgu tak????Nampak!!!! cikgu ada tak????? Ada!!!!!!
Nampak otak cikgu x???tidak!!!!!!!!!!!cikgu ada otak tak????tidak!!!!!!!!!!!
Guru tersebut terasa amat malu.....
wahai bloger-bloger sekalian perkara ini amat serius ideologi seperti ini amat bahaya.Dalam skop tauhid ini adalah sesuatu perkara yang amat berat sehingga boleh membuat kan kita murtad....(terkeluar dari agama islam).mempercayai allah adalah dalam rukun iman yang pertama.Andai patah satu tiang bangunan.empat tiang masih boleh menampung bangunan.Akan tetapi patah satu rukun iman patah kelima lima tiang.
apa yang saya harap perkara ini dapat menjadi hujah untuk kita mengukuh kan akidah kita.insyaallah dalam post yang akan datang saya akan menerangkan akidah yang sebenar iaitu akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah(ASWJ) inilah akidah yang sebenar benarnya akidah yang berlandaskan sunnah dan al-quran........

Saturday, November 5, 2011
Tuesday, March 15, 2011
Cita-Cita Yang Tak Pernah Menjadi
Bertanyalah pada mereka yang berusia lebih 20 tahun : apakah bidang yang mereka terokai itu, adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya 5 daripada 10 orang daripada mereka yang ditanya itu akan mengiyakan dengan yakin dan bangga. Mereka ini akan berkata, 'ya' inilah bidang yang mereka ingin ceburi.
Bertanyalah pula pada mereka yang berusia lebih 30 tahun : apakah bidang yang mereka ceburi itu adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya, daripada 10 orang yang ditanya, tidak seorang pun daripada mereka sedang menikmati bidang yang mereka cita-citakan.
Tanyalah mereka yang lebih 30 tahun di sekeliling anda; jiran, kenalan, sahabat, rakan sepejabat, malah sesiapa sahaja. Anda akan dapati bidang yang mereka terokai itu sama sekali bukan bidang yang dicita-citakan.
Malah, tanyalah diri kita sendiri. Apakah bidang yang menjadi kerjaya kita kini adalah sebenar-benarnya bidang yang kita impi-impikan? Jawapan yang jujur tentulah 'tidak!'
Okeylah, mana mungkin tiada sesiapa pun yang tidak mencapai dan menikmati apa yang dicita-citakan? Kenyataan di atas mungkin sekali andaian. Namun, jika kita temui orang yang benar-benar mempunyai cita-cita sejak kecil untuk menjadi arkitek dan dapat melanjutkan pelajaran dari peringkat diploma, degree, master dan peringkat kedoktoran di dalam bidang itu, dan kini adalah seorang arkitek ~ tanyalah kepada mereka apa yang mereka mahu? Jawapan mereka ialah mereka mahu meninggalkan bidang itu dan menceburi bidang lain!
Mengapa terjadi begini? Mengapa cita-cita yang diingini beralih arah, seiring waktu beranjak? Mengapa pula cita-cita yang digapai hendak dilepaskan pula? Bukankah ini menandakan hanya Dia berkuasa terhadap apa sahaja?
Merancanglah dengan teliti dan rapi. Kemudian berusahalah dan gapailah apa yang diimpikan itu. Sebaik sahaja kita berasa berjaya memperoleh sesuatu dengan usaha kita sendiri, tanpa kita sedari, apa yang dicita-citakan, apa yang tergapai semuanya akan melorot dari genggaman.
Kerana apa? Kerana Allah tidak mahu kita berasa, kitalah yang berjaya di atas usaha sendiri. Lantas berdasarkan kejayaan itu, kita terus berusaha dan berusaha hingga mempunyai kepercayaan yang kita berkuasa terhadap kehendak itu. Lantas perasan kitalah master of our destiny, lalu melupakan kesemuanya adalah di dalam genggaman-Nya.
"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya)
samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa)
di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
~ Al- Hadid: 20
Justeru itu, janganlah terlalu berbangga
bila memperoleh apa yang diimpikan.
Jangan pula meraung sakan andainya
apa yang dicita-citakan tidak dapat digapai.
Segala-galanya adalah
hak Pencipta seluruh alam ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)